Jom naik bas (perkhidmatan disediakan setiap hari)
Aktiviti yang dijalankan :
Membekalkan barang keperluan pelajar semester 1.
Menjalankan aktiviti perdagangan.
Menjalankan aktiviti pengangkutan dan kontrak.
Menjaga tabung yuran pelajar.
Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan.
Membekalkan langsir di setiap Asrama.
PROSEDUR MENGGUNAKAN GRAND LIVINA KOPOLISAS UNTUK URUSAN ANGGOTA KOPOLISAS BERHAD
CARTA ALIR PROSES
JENIS AKTIVITI DIBENARKAN ADALAH SEPERTI :
Menghadiri Kursus anjuran Koperasi, MKM dan Angkasa.
Menghadiri / menyertai pertandingan, pameran, seminar dan mesyuarat.
Aktiviti keraian, perayaan, kecemasan, kematian dan keluarga.
Aktiviti lain*** dengan kelulusan Ahli Lembaga Koperasi.
TERMA & SYARAT UMUM :
Tempoh minima penggunaan kenderaan adalah 1 hari atau 24 jam.
Setiap pemandu wajib mempunyai Lesen Memandu Malaysia Kelas D yang sah.
Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah tanggungjawab pemandu sepanjang tempoh penggunaan kenderaan berjalan.
Jumlah kadar penggunaan kenderaan keseluruhan termasuk Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan secara tunai.
Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh pemohon / pemandu. Deposit akan dipulangkan apabila kenderaan dipulangkan dengan baik, bersih dan bebas daripada saman trafik.
SYARAT PEMANDU :
Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
Sihat tubuh badan dan waras.
Hadirkan diri ketika mengambil kenderaan untuk tandatangan borang perjanjian.
SYARAT & LARANGAN KETIKA MENGGUNAKAN KENDERAAN
Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah, maksiat atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM20 akan dipotong daripada deposit untuk proses mencuci.
Jika kenderaan dipulangkan kembali dalam keadaan kotor, RM20.00 akan ditolak daripada deposit.
Dilarang menyewakan/meminjamkan kenderaan kepada orang lain (Sublet).
Dilarang memandu kenderaan keluar daripada Semenanjung Malaysia.
Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian pemohon / pemandu di dalam tempoh pemohon / pemanduan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM4000) akan dikenakan kepada pemohon / pemandu dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon / pemandu.
Salinan Lesen Memandu pemohon / pemandu.
** SEMUA KELULUSAN MENGGUNAKAN KENDERAAN ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG SURAT MENYURAT TIDAK AKAN DILAYAN. SILA PASTIKAN ANDA MENYIMPAN RESIT DEPOSIT DAN PEMBAYARAN.